Bersama kita merubah nasib

Team Surirumah

| Home | Fikirkanlah...

Bersama kita bersatu membina kekuatan ekonomi keluarga dalam Trend Perniagaan masakini, Home based Business. Orang hanya bersedih seketika bila musibah menimpa kita, tapi tiada siapa yang sedia membantu kita bila kita susah. Kita perlu bermula dari sekarang.

 

Apabila kita menyertai sesuatu program, jangan lihat kejayaan orang lain semata-mata, tapi lihatlah bagaimana sistem ini dapat membantu kita dalam mencapai matlamat. Jangan dengar janji kosong upline untuk membantu kita, tapi lihat apa yang uopline tawarkan untuk membantu kita. Upline tidak sentiasa dapat membantu kita begitu juga kita tidak dapat selalunya bergantung dengan upline.

 

 
 
 

workhome.gif

makingmoneyhijau.jpg

Dari hati kehati kita surirumah… fikirkanlah…

 

Mengapa perlu menambah beban kerja rumah dengan melakukan kerja sambilan semata-mata mahu membantu suami yang berpendapatan kecil?

 

Jika anda ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sampai bila mahu membanting tulang dengan membiarkan anak-anak membesar tanpa belaian kasih-sayang?

 

Jika anda menjadi suri rumah sepenuh masa jangan menanti musibah menimpa (perceraian/suami kemalangan dll) baru mahu mencari pekerjaan untuk menyara hidup.

 

Mulakan dari sekarang. Kita belajar komputer sambil menjalankan perniagaan yang mampu memberikan pulangan lumayan dengan modal paling rendah tanpa menganggu tugasan harian kita…. hanya dari rumah.

 

Bersama kita berkongsi TIPS dan IDEA untuk berjaya, yang hebat bantu yang lemah. Buktikan surirumah juga berwawasan untuk menjana pendapatan sambil menimba ilmu.... hanya dari rumah.

 

Assalamualaikum warahmatullah.

 

Untuk para surirumah sepenuh masa.

Seperti anda saya juga seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak OKU. Tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Dengan pendapatan suami yang tidak seberapa kehidupan kadangkala terasa sukar ditambah bebanan hutang lama yang terus memburu.

 

Berbagai usaha dan ikhtiar telah saya cuba dalam usaha membebaskan diri dari belenggu kesempitan ini. Untuk membuat MLM dah tak mampu lagi sediakan modal. Bagi orang berduit modal 2-3 ratus bukanlah suatu masalah. Tapi bagi surirumah seperti saya jangan kata nak barang kemas, nak beli baju baru pun terpaksa ingat anak-anak dulu. Kalau nak buat MLM terpaksa korbankan masa dan modal untuk bergerak, bukan boleh duduk dirumah. Upline bolehlah beri janji itu dan ini, bila kita dah join batang hidung pun susah nak nampak. Kadang-kadang dah kita buat flyer dapat orang minta dia tolong tabletalk tau-tau masuk bawah dia. Mana taknya, lot kedai dia banyak nak kena penuhkan.

 

Dah kita tak bekerja dan gaji suami kecil, takkan kita nak berserah pada nasib bulat-bulat. Allah takkan ubah nasib kita kalau kita tak berusaha mengubahnya. Dulu pernah cuba meniaga kecil-kecilan depan rumah, tapi penat. Mana nak buat kerja rumah mana nak jaga kedai. Jadi bila dah ada komputer dan internet saya belajar pula buat bisnes Affiliate. Bagi yang tak faham Affiliate ni bisnesnya sama dengan MLM, Cuma kita lakukan dirumah melalui internet dan semua jualan dan produk secara online. Tapi bisnes ni pun dah melambak kat internet so susah jugak orang nak join, ikut nasib.

 

Sampailah akhirnya saya diperkenalkan dengan program Infinity Downline ni. Hmmm MLM lagi, malas dah saya join. Masa upline (En Akmal) dok cerita bestnya dia buat bisnes ni sebab dalam masa seminggu boleh dapat RM11,000 saya buat tak tau je. Dalam hati saya kata, Ala duit tu dalam e-Wallet belum tentu dapat kat ko, buatnya kompeni tu tutup tiba-tiba tak hilang semua bonus ko? Pastu dia kata lagi bisnes ni senang, modal RM100 dapat sorang dah pulang modal. Sekali lagi saya ketawa dalam hati. Modal RM100 dapat sorang pulang modal, dapat balik RM100. Tak menipu namanya? Abis kompeni, upline-upline lain nak makan apa? Ini semua gimik je ni. Sambil dia bercerita dan saya mengejek dalam hati kawan saya menghulurkan presentation dari laptopnya (masa tu En Akmal Cuma bercerita pasal diri dia bukan tengah present marketing plan). Saya pun perhati plan Infinity Downline ni. Wah, ini betul menarik. Baru saya percaya, bila En Akmal cerita pasal income RM11,000 dia duit tu memang dah dapat pun, samada secara tunai atau terus masuk keakaun dia.

 

Dari situ saya mula study plan ni (dah biasa buat MLM so tak susah nak faham). Mulanya nampak tak betul, iyelah, kalau dah sampai 5 ke 6 level camana orang bawah nak bayar kat orang atas, biasalah Multi Level ni kan ada berapa-berapa persen nak kena bayar kat upline-upline. Lagipun biasanya kalau Direct Sponsor kita dapat 100% yang bawah-bawah tu biasanya 10% ke 30% untuk tiap level. Plan ni tak betul kata saya. Bila diterangkan baru saya faham, so rasanya saya taknak toleh kebelakang lagi.

 

Dah join saya mula ikut apa yang diajar… buat iklan dalam FACEBOOK. Dan timbul 2 lagi masalah besar, orang mula meluat bila laman Facebook dah penuh dengan iklan program ni je. Abis tu sapa lagi nak join? Takde orang join bermakna takde le duit kita nak maintain (renew). Kalau semua orang tak renew jadi problem besar le pada orang atas.

 

Dan masalah kedua lebih parah. Infinity Downline ni HARAM? Kalau benda ni haram saya pun taknak buat. Jadi saya tanyakan upline saya pasal perkara ni… Infinity Downline HARAM! Katanya dia dah baca dengan teliti dan buat pemerhatian. Dan kesimpulannya katanya pandangan ustaz tersebut kurang tepat dalam hal ID. Katanya dia tidak katakan ustaz tu salah, sebab kita hormati beliau sebagai orang yang berilmu dalam agama. Banyak point yang diutarakan sebenarnya tidak betul sebab dia kaitkan ID sepertimana program skim cepat kaya yang lain. Misalnya dia akui terlalu ramai (mungkin semua orang yang ingin bertanya tentang program MLM) bertanya padanya tentang program sebegini. Tidak mustahil dia membayangkan konsep ID tak ubah seperti lain-lain program. Sedangkan konsep ID amat berbeza, telus dan boleh dipercayai. Tidak akan ada sesiapa tertipu atau kerugian wang ringgit (bonus) walaupun jika syarikat tutup tiba-tiba. Dan ID sebenarnya memberi kita SEBUAH PERNIAGAAN SENDIRI bukan menjadi distributor untuk perniagaannya. Kita bukan makan gaji buta seperti lain-lain program yang mana kita dapat wang yang banyak tanpa tahu dari siapa dan tanpa buat apa-apa. Di ID kita mempunyai sebuah perniagaan sewaan Webucation dan BackOffice dimana orang membayar 100% kepada kita dan sebagai empunya perniagaan kita sendiri menjadi ADMIN untuk mengaktifkan akaun mereka. Bahkan kita tahu siapa yang membayar kepada kita. Salahkah jika ada orang yang baik hati ‘wakaf’kan sebuah perniagaan untuk kita jalankan tanpa dia mengambil barang sesen pun? Untuk jawapan detail upline saya akan beri di dalam presentation terbaru kelak. Pendek kata bila kita nak buat bisnes kita kena yakin ianya halal.

 

Pelik jugak mulanya bila kata syarikat ni buat program Jana Income tapi dia tak ambil sesen pun dari kita. Mana dia nak dapat income? Tapi bila kita kaji semula perkara ni tak pelikpun. Saya bagi contoh GOOGLE, YAHOO! dan terbaru FACEBOOK. Kalau kita menggunakan ketiga-tiga program tersebut tanyalah diri kita dan kawan-kawan yang lain, berapa kita bayar untuk membolehkan kita menggunakan khidmat enjin carian GOOGLE. Berapa kita bayar untuk guna emel YAHOO? Berapa kita bayar kepada FACEBOOK? Betul, kita tak bayar sesen pun. Tapi tahukah kita mereka semuanya jutawan tahap millionaire?

 

Bila ada masa lapang saya selalu belajar dari video Education ni, baru tahu kegunaan banyak program yang dah lama ada dalam komputer ni tak tak pernah pakai, Misalnua One Note, Publisher dan beberapa lagi. Cara nak iklan ke luar negara pun diajar, siap dengan teks bahasa inggeris sekali. Maknanya kalau kita tak boleh menaja di sini kita boleh menaja diluar negara secara percuma. 

 

Program ni hebat sebenarnya. Sebab tak seperti program lain, program ni bisnes kita sendiri. Jika dibuat dengan cara yang betul ianya mampu memberi memberi pulangan TETAP seperti gaji kepada kita setiap bulan. Dari situ timbullah idea penerapan ilmu kepada downline, kerana dengan ilmu barulah downline mampu menaja. Dan apabila downline sudah mampu menaja dan dapat income barulah mereka boleh maintain setiap bulan. Maka wujudlah kumpulan yang saya namakan TEAM HOUSEWIFE dengan harapan dapat memberikan ilmu dan bantuan serta berkongsi TIPS kepada surirumah dalam menjalankan perniagaan ini.

mieraye.jpg

Pn Hamimah
Fulltime housewife

   

Web builder
amSani Design & Marketing
019-227 8221